Wednesday, 11 May 2016

Imam Syria Kena Tembak Dua Kali Tapi Hidup

PERNAH ditembak dua kali ketika peperangan melanda negara Syria, itulah harga yang terpaksa dibayar selepas negara beliau terlibat dalam kancah peperangan‎ ketika ini.
Beliau yang dimaksudkan ialah bekas imam dan khatib di Homs, Syria Ahmad  yang kini  menjadi imam di kem pelarian Sakan Karamah, Jordan.

perang syria
Syrian War |Perang Syria
 Kesempatan Tim Hajat  yang diwakili oleh NGO Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan), Astro Prima dan Sinar Harian bertemu dengan beliau  baru-baru ini, di kem itu,  Badr Mahmud meluahkan perasaan dan menceritakan momen-momen cemas dan mencabar tak kala negaranya berhadapan dengan pergolakan perang.

"Saya berpindah dari Syria kerana mendapat tekanan yang hebat daripada pemerintahan rejim Basyar Assad.
"Untuk pengetahuan semua,pemerintahan Basyar sangatlah zalim...‎kekejaman melampau Basyar adalah dia hingga sanggup membunuh wanita-wanita  di dalam masjid," katanya kepada tim Hajat.
Berbicara lanjut, Ahmad berkata pemerintahan Basyar sanggup melakukan apa sahaja, sekiranya mereka tidak tunduk dengannya.

"Saya pernah ditembak dua kali iaitu satu  ketika di rumah sendiri, dan satu lagi ketika dalam perjalanan ke Jordan," katanya.
Ujarnya lagi, sehingga sekarang bekas tembakan itu masih berbekas namun apa-apa pun ujarnya, beliau tetap bersyukur kerana ALLAH masih memanjangkan umurnya.
"Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH," katanya.
Kem Sakan Karamah dibina oleh sebuah NGO dari negara Kuwait, ia menempatkan 382 pelarian iaitu 184 lelaki dan 198 perempuan daripada 51 keluarga pelarian Syria.
Di Kem itu terdapat 10 ‎blok bangunan (51 bilik)  bagi menempatkan ke semua keluarga tersebut.
Kedatangan tim Hajat ke kem itu bagi memberi sumbangan berbentuk ubat-ubatan, makanan dan sumbangan yang lain.

Tim Hajat memulakan misi ke kem pelarian Syria  di Jordan yang mengambil  masa selama 11 hari di bumi Jordan bermula 12 April lalu.
Kira-kira 10 orang krew yang terlibat dalam misi kemanusiaan tersebut.

sumber

Tuesday, 10 May 2016

10 Kesilapan Bersenam | Teknik bersenam Betul | Workout Tips

BERSENAM merupakan cara terbaik untuk membakar kembali kalori yang diambil dalam seharian kita namun elakkan melakukan 10 kesilapan berikut bagi mengelakkan masalah di kemudian hari.

tips bersenam betul
Tips Bersenam | Workout Tips
 1.Tidak memanaskan badan
Sesi memanaskan badan perlu dilakukan sebelum memulakan sebarang aktiviti senaman. Lakukan sekurang-kurangnya lima minit bermula daripada kepala sehingga ke kaki. Sesi ini bertujuan meregangkan otot-otot badan dengan teratur dan tidak tergesa-gesa sebelum menjalankan aktiviti yang lebih berat.

2. Tergesa-gesa bersenam
Lebih baik memulakan senaman dengan melakukan aktiviti yang lebih ringan dahulu. Pilih gerakan yang lembut dan sesuai dengan keadaan fizikal dan tenaga bermula daripada sesi memanaskan badan sehingga ke sesi menyejukkan badan.
Contohnya, sebelum berlari di atas ‘treadmill’ ambil langkah mudah dahulu seperti berjalan dan kemudian berlari-lari anak sebagai permulaan.

3. Minum tidak konsisten
Pastikan anda menyediakan minuman yang secukupnya sebelum, semasa dan selepas bersenam. Jangan minum air yang sejuk dan terlalu manis kerana ia tidak baik untuk sistem badan.
Bawa bersama air putih sepanjang anda melakukan aktiviti sukan untuk mengelakkan dehidrasi atau masalah kekurangan air dalam badan. Jika terasa dahaga, minum air putih secukupnya dan berehat seketika.
4.Terus bersenam selepas makan
Badan memerlukan tenaga daripada makanan anda untuk membakar kalori tetapi dilarang makan dan kemudian terus bersenam kerana ia akan meninggalkan kesan yang buruk terhadap kesihatan.
Sekurang-kurangnya dua atau tiga jam sebelum bersenam anda perlu makan dan tidak perlu terlalu berat.

5. Terlalu Bergantung kepada makanan tambahan
Mengabaikan kepentingan makanan atau minuman sebenar dengan alasan tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat persediaan makanan. Tidak atau kurang menyedari bahawa makanan tambahan boleh mengandungi bahan kimia, bahan berbahaya dan sebagainya yang boleh merosakkan sistem tubuh.
Perlu diingatkan bahawa tidak semua pengusaha bersikap jujur sepenuhnya berkenaan dengan bahan-bahan sebagai kandungan dalam produk mereka termasuk informasi tentang fakta nutrisi, kaedah produksi, dan sebagainya.

6. Melakukan latihan senaman yang sudah terlalu biasa dibuat
Apabila melakukan senaman yang sama setiap hari dalam setiap minggu bukan minda sahaja yang terasa bosan, malah otot-otot anda juga turut sama ‘bosan’.
Sama ada berjalan 30 minit sehari di kawasan perumahan atau membuat beberapa set latihan kekuatan yang sama setiap hari seperti latihan mengangkat berat, selepas beberapa ketika badan anda akan berhenti bekerja kerana sudah terlalu biasa membuat latihan yang sama dan hasilnya akan sukar untuk dilihat.
7. Terlalu obses terhadap latihan kardio
Benar senaman aerobik bagus untuk kesihatan badan tetapi jika tidak mengimbangi latihan senaman ini dengan latihan kekuatan, ia bukan saja dapat menjejaskan hasil yang akan diperoleh tetapi juga komponen penting untuk kesihatan dan kecergasan akan hilang.
Latihan ketahanan seperti mengangkat berat atau latihan kekuatan adalah satu-satunya cara untuk meningkatkan jisim otot dan mengurangkan lemak degil. Itu adalah sangat penting terutamanya bagi anda yang sudah meningkat usia. Latihan kekuatan perlu disertakan pada hari melakukan kardio sekurang-kurangnya mengangkat berat dua kali seminggu.

8.  Guna alat, pakaian yang tidak atau kurang sesuai
Gunakan kasut yang tapaknya tidak rata ketika melakukan senaman tertentu seperti ‘Leg-Day’ atau ‘DeadLifts’ serta memakai ‘running-shoes’ yang tidak bersesuaian dengan permukaan seperti untuk balapan, hutan, pergunungan, berbatu-batu, dan sebagainya selain memakai pakaian tidak sesuai yang boleh meningkatkan risiko kecederaan terutama pada sendi, tendon dan tulang belakang.
Gunakan ‘gears’ yang sudah lusuh atau haus yang sepatutnya sudah diganti.

9. Fokus kuantiti sahaja
Terlalu fokus kepada kuantiti berbanding kualiti senaman. Jangan terlalu memaksa diri jika badan tak mampu kerana apa yang penting adalah konsisten.

 10. Tidak buat senaman penyejuk badan
Senaman penyejuk badan tidak dilakukan selepas selesai bersenam. Jika senaman memanaskan badan bermula daripada kepala ke kaki, senaman untuk menyejukkan badan bermula daripada bahagian kaki ke kepala. Senaman yang dilakukan lebih santai dan tidak tergesa-gesa.

sumber

Monday, 9 May 2016

10 PANDUAN MEMBELI GAZEBO | Tips Membeli Gazebo | How to buy Gazebo |

Gazebo menambah elemen landskap yang bergaya di rumah atau kawasan awam. Gazebo tradisional mempunyai aura romantis tetapi dalam masa yang sama ia sangat praktikal untuk pelbagai aktiviti sosial keluarga. Memiliki sebuah gazebo bukan semata-mata sebagai lambang kemegahan atau mewah. Ia kini dilihat lebih kepada keperluan. Sama ada anda mahu gazebo untuk melayani tetamu atau hanya untuk menikmati kopi di luar, ikuti tip ini untuk membantu anda membuat keputusan sebelum membeli gazebo sama ada ditempah khas atau pasang siap. 

Gazebo Malaysia
Panduan 1  : Pertimbangkan bagaimana anda akan menggunakan gazebo tersebut dalam membantu membuat keputusan pembelian. Adakah ia untuk kegunaan persendirian atau anda ingin berkongsi bersama tetamu yang ramai. 

Panduan 2  : Kenal pasti beberapa isu penting. Antaranya ialah lokasi terbaik dan reka bentuk.

Panduan 3  : Memutuskan berapa ramai orang biasanya akan menggunakan gazebo sekali gus untuk menentukan jumlah tempat duduk yang diperlukan atau setidak-tidaknya anda boleh kenal pasti keluasan lantai yang optimum.

Sunday, 8 May 2016

IS Malaysia | Kenali Malaysia IS| Malaysia IS

ANCAMAN militan IS merupakan masalah global yang mula berlaku dalam negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Seperti yang diketahui, kumpulan ini mula mengganas termasuk sanggup berperang di Syiria dan Iraq atas nama slogan jihad.
Sehubungan itu, agak sukar untuk mengetahui identiti sebenar mereka terutama mereka yang profesional atau dilatih untuk bersembunyi di sebalik kumpulan ini.
Di atas faktor ini, Polis Diraja Malaysia terpaksa melakukan pemantauan rapi dan menahan individu yang disyaki melakukan aktiviti keganasan.

IS Malaysia
Malaysia IS | Malaysia Daish

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, DATUK AYOB KHAN MYDIN PITCHAY menyifatkan ancaman tersebut sebagai nyata kepada sesebuah negara dan ia tidak boleh diambil mudah.
Beliau mengulas keseriusan ancaman itu dalam satu wawancara eksklusif bersama Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Muhamad Mat Yakim dan Ketua Meja Jenayah Sinar Harian Mohd Fahmi Ismail serta juru foto Afiq Razali dan jurukamera, Yusrizal Yusof di pejabatnya, baru-baru ini.

Boleh Datuk ceritakan pengalaman operasi tangkapan pengganas dan perbezaan di antara Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN) 1960 (ISA) dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012. (SOSMA)
Operasi pertama ke atas anasir kumpulan pengganas di mana saya dilantik sebagai pegawai kes adalah tangkapan ke atas Wali Khan Amin Shah, anggota kumpulan pengganas Al Qaeda yang ditangkap di Langkawi pada Disember 1995. Beliau terlibat dalam serangan pertama ke atas New York World Trade Center (NYWTC) pada Februari 1993.
Saya juga terlibat dalam pelbagai operasi tangkapan ke atas anasir-anasir kumpulan pengganas seperti Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE), Jemaah Islamiah (JI), Darul Islam (DI), ETIM dan lain-lain kumpulan pengganas yang ada kaitan dengan kumpulan Al Qaeda. Bagi kumpulan Jemaah Islamiah (JI), di antara Disember 2001 hingga 2011 melibatkan tangkapan seramai 270.
Kesemua mereka ditahan di bawah AKDN 1960 dan tidak didedahkan secara terperinci kepada masyarakat umum kecuali kepada keluarga mereka. Ini berbeza selepas AKDN 1960 dimansuhkan secara rasmi pada 2012 di mana pihak kami telah melancarkan operasi ke atas anggota pengganas IS yang membawa kepada penangkapan kepada 160 suspek sehingga ke hari ini di bawah undang-undang baru iaitu Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).  
Ini merupakan undang-undang terbuka dan pihak kami terpaksa memaklumkan kepada masyarakat umum kerana melibatkan perbicaraan terbuka di mahkamah.
Di bawah SOSMA dalam masa 24 jam keluarga perlu dimaklumkan dan suspek perlu diberi akses berjumpa dengan peguam selepas 48 jam ditangkap, dan pihak polis hanya mempunyai masa 29 hari untuk menjalankan siasatan sebelum keputusan dibuat sama ada dituduh atau dibebaskan. Pada kebiasaannya Ketua Polis Negara (KPN) akan mengeluarkan kenyataan akhbar secara rasmi berhubung tangkapan anggota pengganas IS untuk makluman masyarakat umum.

Siapa sebenarnya yang layak untuk bercakap mengenai ancaman IS kepada pihak media dan umum?
Suka saya tegaskan di sini bahawa individu yang mempunyai autoriti dalam mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung ancaman pengganas adalah Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara (KPN) dan kemudian diikuti dengan Timbalan Ketua Polis Negara, Pengarah Cawangan Khas dan Ketua Polis Negeri sekiranya dibenarkan oleh KPN.
Bagaimanapun, dalam konteks ancaman IS ini KPN telah memberi kebenaran kepada saya selaku Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas untuk mengeluarkan kenyataan  kepada media berdasarkan ‘case by case’.
Begitu juga temu bual dengan media cetak dan media elektronik serta membentangkan taklimat dalam persidangan di peringkat antarabangsa atau dalam negara mewakili KPN dan Pengarah Cawangan Khas.  
Terdapat ahli akademik tertentu yang mempertikaikan mengapa saya sendiri mengeluarkan kenyataan dan temu bual dengan media elektronik kerana mengikut beliau hanya KPN yang perlu mengeluarkan kenyataan.
Mungkin ahli akademik tersebut tidak mengetahui secara terperinci prosedur pegawai polis dalam mengeluarkan kenyataan media. Untuk makluman semua pihak, semua kenyataan akhbar yang saya keluarkan dalam media cetak dan media elektronik atau bersiaran langsung di televisyen perlu mendapat kebenaran KPN terlebuh dahulu.

Ada tak program turun padang yang diadakan oleh pihak Datuk bagi memberi kesedaran mengenai bahaya IS?
Memang kini kami banyak terlibat dalam program-program penerangan kepada masyarakat umum berhubung bahaya kumpulan pengganas IS. Dahulu semasa tangkapan di bawah AKDN 1960 kami tidak berinteraksi dengan masyarakat umum untuk memaklumkan tangkapan yang terlibat.
Namun dalam konteks IS ini kita wajar menjelaskan kepada masyarakat umum tentang kesesatan kumpulan pengganas ini. Saya dan pegawai-pegawai saya terlibat dalam memberi penerangan di jabatan-jabatan kerajaan, pusat dan negeri, jabatan-jabatan agama, IPTA dan IPTS, NGO dan kami juga terlibat memberi syarahan dalam slot kuliah maghrib dan subuh di surau-surau dan masjid-masjid seluruh Malaysia.
Sejak 2014 sehingga kini pihak kami terlibat dalam hampir 300 sesi penerangan yang melibatkan jumlah peserta 60,000 orang. Maklum balas yang kami terima amat memuaskan dan mereka minta banyakkan lagi taklimat IS diadakan.

Datuk kini sudah dikenali umum dan apa ada kemungkinan terdapat risiko keselamatan?
Apabila memilih kerjaya sebagai polis kita tidak dapat mengasingkan aspek risiko dari tugas kepolisan. Cuma bezanya ada sesetengah jabatan dalam polis tidak memerlukan kita berinteraksi dengan masyarakat.
Namun Bahagian Counter Terrorism kita wajar ke hadapan. Ini risiko yang saya tak boleh nak elak dan ianya datang bersama pakej dan tanggungjawab tugas di bahagian ini.
Kenyataan-kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh KPN bersifat umum dan saya diminta ke hadapan untuk menerangkan kepada masyarakat umum secara terperinci mengenai bahaya kumpulan pengganas IS. Di sini, sudah tentu kami akan terima pelbagai ugutan daripada mereka yang tidak berpuas hati apabila isu ini disiarkan.

Apa beza IS dengan kumpulan yang wujud dan pernah didakwa sebelum ini?
IS adalah kumpulan yang amat unik dari pelbagai segi jika dibandingkan dengan kumpulan terdahulu, yang pernah ditangani oleh pihak kami. Jika dahulu anasir-anasir pengganas ditahan di bawah ISA, mereka menjalani program pemulihan tersusun yang diatur oleh pihak penjara, Jabatan Agama Kemajian Islam Malaysia (Jakim), dan pihak kami sendiri.
Hubungan kami dengan bekas-bekas tahanan amat rapat kerana kamilah yang tangkap mereka, jalankan program pemulihan, bantu mereka kembali ke arus perdana selepas dibebaskan dan membantu keluarga mereka dari pelbagai segi.

Friday, 6 May 2016

Fakta Konflik Syria petanda akhir zaman | Konflik Syria Petanda Kiamat

Konflik Syria Petanda Kiamat
KEMATIAN rakyat Syria mencecah 200,000 orang dalam tempoh lebih dua tahun kebangkitan rakyat ketika pemerintahan Presiden Bashar al-Assad dikatakan lebih dahsyat berbanding kematian yang dicatat di Palestin ketika negara itu ditawan Israel.

Kekejaman itu membuka mata banyak pihak sehinggakan tragedi Syria bermandi darah mendapat perhatian ramai termasuk negara berkuasa besar, Amerika Syarikat (AS) yang mengumumkan akan menyerang Syria berikutan dakwaan penggunaan senjata kimia.

Walaupun AS masih berdolak-dalik dengan serangan itu, pelbagai andaian mula timbul kerana terdapat dakwaan menyatakan Perang Dunia Ketiga akan meletus daripada apa yang sedang berlaku di bumi anbiya itu. Tidak kurang juga yang mengaitkan keadaan itu dengan petanda akhir zaman.

Ikuti temu bual wartawan Sinar Harian, NURULFATIHA MUAH dan jurufoto, AZMI ARYANTO bersama pendakwah yang juga pengkaji isu Syria, Ustaz Nazmi Karim.

Kejadian yang berlaku di Syria dikatakan antara petanda akhir zaman. Ada atau tidak nas yang boleh dikaitkan dengan andaian itu?

Petanda akhir zaman memang disebut dalam hadis Nabi Muhammad SAW. Baginda berulang dua kali mengatakan bahawa akan berlaku peperangan besar yang  apabila peperangan ini terjadi, perkhemahan orang Islam paling ramai adalah di sebuah tempat bernama Ghouta Dimashq yang bermaksud kebun besar yang mengelilingi bandar Damsyik di Syria.

Nabi kata, di kebun besar ini ada sebuah bandar dikatakan namanya Damsyik, sebaik-baik tempat tinggal umat Islam ketika itu. Ini tanda-tanda akhir zaman.

Kalau kita lihat di Syria sekarang ini, kawasan ini jadi tempat paling ramai mujahidin berhimpun. Tempat lain ada ramai juga, tetapi tempat ini yang disebut Rasulullah SAW.

Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah bersabda; “Tidak akan terjadi hari Kiamat sehingga kaum Rom turun di kota Amaq (Lembah Antioch, Selatan Turki) dan di Dabiq (dekat Aleppo, Syria).

Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rom, biarkanlah (jangan kalian halang) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata, Demi ALLAH, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal.

Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu solat sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam a.s.” (Riwayat Muslim dari Sayidina Abu Hurairah RA).

Wallahua'lam, berdasarkan hadis itu, jika benar Amerika Syarikat serang Syria, mereka akan masuk kawasan itu iaitu di pesisiran laut. Kalau betullah ia berlaku,  maknanya tentera Perjanjian Pakatan Atlantik Utara (Nato) dan Rom ini akan masuk ikut ke pantai menyerang seluruh Syria.

Nabi kata, ALLAH akan menghantar tentera mujahidin dari bandar Damsyik akan bergerak menuju ke Dabiq dan berlaku peperangan nanti di sana. Jadi kebanyakan peperangan akhir zaman itu akan berlaku belah-belah negara Syria dan Syam.

Kenapa tumpuan diberikan kepada negara di sebelah Syria?

Mungkin ada beberapa faktor. Dari segi kawasan, ia strategik dan kedudukan geografi Syria menyambung hubungan darat antara Syria dengan Eropah, Afrika dan Asia. Kedua, Nabi Isa AS akan turun di Syria berdasarkan hadis Rasulullah SAW.

Baginda bersabda Nabi Isa AS akan turun di Menara Putih sebelah timur Kota Damsyik. Jika dilihat pada gambarnya, ia bukan menara masjid, tetapi sebuah pasar lama di dalam sebuah kota lama.

Di sini ramai orang Kristian. Mereka juga sudah tahu perkara ini dan bersiap-siap untuk sambut Nabi Isa AS.

Sebab itu bumi Syria jadi tumpuan ramai termasuk orang berfahaman Syiah, Kristian, Yahudi, selain orang Islam sendiri. Turut menjadi tumpuan kerana Imam Mahdi akan menyambut turunnya Nabi Isa AS di Damsyik seperti yang pernah disebut dalam hadis Rasulullah bahawa Nabi Isa akan turun di Menara Putih itu ketika solat Subuh dan disambut oleh Imam Mahdi.

Apa yang berlaku sebelum Imam Mahdi muncul?

Sebelum turun Imam Mahdi, Nabi Muhammad SAW kata, akan berlaku pembunuhan tiga orang anak khalifah yang mana mereka berebut harta karun di Kaabah, Mekah. Saya tidak pasti apa yang direbutkan itu, tetapi ketiga-tiga mereka tidak berjaya. Maka berlakulah fitnah yang besar antara orang Islam sendiri, sehingga muncullah Imam Mahdi.

Imam Mahdi adalah keturunan Nabi Muhammad SAW dan namanya sama seperti nama nabi, Muhammad bin Abdullah. Beliau akan muncul di Makkah apabila fitnah kuat melanda dan dibai’ah antara bucu Kaabah dengan makam Nabi Ibrahim AS. Kemudian. Imam Mahdi akan mengetuai mujahidin bergerak ke Syria. Apabila sampai di Syria, masa itu Dajjal sudah keluar dan memang tujuan utamanya hendak melawan Dajjal. Apabila Nabi Isa AS turun, tugas utama baginda ialah untuk membunuh Dajjal.

Pada masa itu, Dajjal sudah mengelilingi dunia untuk merosakkan orang Islam dan mengkafirkan orang sehingga akhirnya Nabi Isa AS kejar Dajal sampai di satu tempat bernama Bab Luddin di Palestin. Di situlah akan dibunuhnya Dajjal. Dajjal apabila tengok Nabi Isa AS itu, dia jadi cair macam batu garam yang disirami air.

http://www.engageya.com/