Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Wednesday, 29 March 2017

Kesan pukul anak umur satu tahun hingga empat tahun

Semua orang yang dipanggil ibu bapa pasti ada terfikir apakah akibat merotan budak berumur  satu tahun hingga empat tahun. Ada yang cakap jika tidak disiplin anak masa kecil, budak itu akan jadi tuan pada ibu bapanya. Jadi bagaimana untuk disiplin anak-anak ini? Dan apakah




Anak baru satu tahun 6 bulan. Usia ini masih kecil dan yang paling ketara pada usia ini ialah anak-anak kecil dijadikan oleh Allah kuat ego centric. Maksudnya bukan dia ego, tetapi dia lebih fokus kepada dirinya. Mekanisma ini ada pada setiap manusia pada usia ini. Inilah cara Allah memastikan kemandirian manusia di dunia ini.

Anak-anak pada usia ini hanya memikirkan dirinya kerana pada usia ini bahagian lapisan kedua daripada bahagian ketiga lapisan otak - triune belum begitu berkembang.

Otak ada tiga lapis. Bahagian paling bawah mengawal keselamatan, berkembang pada masa lahir hingga 3 tahun. Pada usia ini anak-anak hanya memberi respons kepada stimulus, ransangan dan belum boleh berfikir.

Pada usia 3 tahun barulah lapisan kedua atau otak tengah anak berkembang. Bahagian otak ini menjaga emosi dan kesihatan. Pada ketika ini barulah anak-anak memikirkan orang lain dan sedar lebih mengenai kewujudan orang lain. Pada masa ini juga barulah EQ anak mula berkembang dan dia mula faham untuk bertolak ansur.

Anda akan lihat anak yang merasakan dia dijaga dengan baik dan berasa selamat, bahagian otak tengah ini mungkin sudah mula berkembang pada usia lebih awal. Maka anda melihat situasi anak-anak itu baru menjangkau 2 tahun, tapi sudah boleh memikirkan perasaan orang lain. Pucuk pangkalnya, bila anak itu rasa selamat, perkembangannya cepat.

Pada usia 4 tahun keatas barulah bahagian otak paling atas iaitu neokorteks atau otak berfikir anak mula-mula develop. Barulah mereka boleh faham penerangan yang kita beri dengan lebih lagi. Namun, mereka masih belum boleh membezakan yang baik dari yang buruk kerana mereka belum mumayiz. Frontal lobe mereka belum develop penuh.

Oleh kerana ibu bapa dan ramai orang dewasa termasuk datuk nenek tak faham, cepat saja mereka menamakan anak-anak kecil seperti yang nampak tidak mendengar penerangan dan larangan sebagai degil dan ego.

Setiap kali Ibu mendengar perkara seperti ini, terhiris sungguh hati Ibu kerana sampai hati orang dewasa melakukan perkara begini kepada anak-anak kecil yang masih suci seperti kain putih.

Jika anak itu salah berperangai, merebut barang, atau bermain dengan benda yang merbahaya, untuk dia tidak terus melakukan perkara itu, anda boleh mengambil dia dari situ dan boleh katakan kepadanya No, ini tak boleh, dengan tegas tapi penuh kasih-sayang. Kemudian bawa dan ajak dengan baik dia ke tempat yang ada benda yang boleh dia bermain dan katakan, Yes, yang ini boleh. Dan katakan lebih dari 3 kali untuk menguat stimulus positif yang akan membina diri yang positif. Supaya, terakam diminda bawah sedarnya akan stimulus positif ini. Dia tidak boleh terus ingat, kerana tempat memori adalah pada bahagian otak tengah. Masa ini bahagian itu belum lagi develop.

Ya, memang kononnya jalan paling senang dan cepat bagi menangani anak-anak kecil yang kuat kehendaknya ini ialah dengan memarahinya dan menghukumnya dengan kasar. Tapi ini menyebabkan anak ini berasa tidak selamat. Ingat pada usia ini, bahagian otak paling bawah yang sedang develop. Anak ini akan berasa tidak selamat. Bila seorang itu berasa tidak selamat, dia akan lari atau melawan. Maka itulah yang menyebabkan bila dia besar sikit dan kerana keadaan marah-marah dan melarang dengan kasar ini berteus, anak itu akan selalu mengamuk dan bertambah kuat mengamuk. Atau menjadi anak-anak yang senyap kerana TAKUT dan tiada keyakinan diri.

Bila terjadi begini, apakah yang ramai orang dewasa lakukan? kuatkan lagi marah dan kuatkan lagi hukuman. Lama-lama, menjangkau 3 tahun, emosi anak penuh dengan kemarahan dan kesedihan. Anak begini membesar menjadi anak-anak yang memendam rasa, nampak diam, tapi bom jengka sedang berdetik, menunggu masa saja untuk meletup. Tiba usia yang lebih tua, seperti remaja, anak yang sama ini akan menjadi sangat degil, pemarah dan tidak hormat orang tua. Ada yang menerajang ibu bapa!

Bukankah telah diingatkan oleh Nabi s.a.w, bahawa pada akhir zaman, akan ramai anak-anak yang menjadi tuan pada ibu bapa mereka. Bukan kerana ibu bapa mereka melayan mereka dengan kasih-sayang tetapi kerana ramai ibu bapa yang tidak memahami bagaimana untuk mendidik anak-anak sehingga mereka tersilap cara lalu merosakkan diri anak-anak itu sendiri.

Anak yang dibesarkan dengan kasih-sayang, hormat dan kefahaman psikologi kanak-kanak, akan membesar mengasihi ibu bapa mereka.

Bila kita berlembut dengan anak sekecil 1 tahun 6 bulan itu,bukan bermaksud kita memanjakan atau membiar dan kita lemah. Sebenarnya, kita sedang membina rasa selamat yang kukuh, untuk mudah otak tengahnya pula develop cepat. Kita tetap tegas, tapi kita juga penuh kasih-sayang.

Cuba tengok betul-betul, anak-anak yang dididik penuh kasih-sayang, dihormati perasaaan mereka dan berasa selamat, meningkat cepat kepandaian mereka berbanding dengan anak-anak yang selalu dimarah dan dihukum kasar.

Bila anak-anak sekecil itu merampas mainan kawan, bukan dia perampas, tapi dia belum lagi tahu maksud ini barang orang dan dia perlu meminta izin atau bermain bersama. Anak pada usia ini, kalau dia hendakkan sesuautu, dia mengambilnya sahaja. Bila tidak dapat dia akan meraung. Kerana itulah yang dimaksudkan ego centric. Centre pada dirinya sahaja.

Janganlah kita orang dewasa cepat melatah dan menghukum anak-anak kecil ini dengan perkataan seperti jahat, degil, perampas… dan dipukul dan sepertinya yang akan masuk ke unconscious mindnya dan menjadi belief atau kepercayaan yang merosakkan diri anak itu.

Ibu tahu yang membaca penulisan ibu ini adalah ibu bapa yang prihatin dan mahukan kebaikan untuk dirinya dan anak-anaknya. Ibu pernah menjadi ibu muda dan sekarang nenek pula. Ibu tahu perlunya membesarkan kesabaran. Oleh itu, janganlah risau sayang.

Kita perlu sedar, anak-anak ini didatangkan kepada kita untuk memberi kita rasa seronok dan juga membina diri kita. Membina kesabaran itu adalah salah satu daripada membina diri kita ini.

Untuk kali ini Ibu tinggalkan kepada anda dengan satu azimat. pegang dengan kemas. Azimatnya ialah SENANTIASA, SENANTIASA BERSANGKA BAIK DENGAN ANAK-ANAK TERUTAMANYA ANAK-ANAK KECIL. KEMASKAN KEYAKINAN BAHAWA ANAK-ANAK KECIL INI SUNGGUH SUCI.

Sesungguhnya sayang, anda layak bahagia dan menjadi ibu bapa berjaya.



sumber

Wednesday, 11 May 2016

Imam Syria Kena Tembak Dua Kali Tapi Hidup

PERNAH ditembak dua kali ketika peperangan melanda negara Syria, itulah harga yang terpaksa dibayar selepas negara beliau terlibat dalam kancah peperangan‎ ketika ini.
Beliau yang dimaksudkan ialah bekas imam dan khatib di Homs, Syria Ahmad  yang kini  menjadi imam di kem pelarian Sakan Karamah, Jordan.

perang syria
Syrian War |Perang Syria
 Kesempatan Tim Hajat  yang diwakili oleh NGO Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan), Astro Prima dan Sinar Harian bertemu dengan beliau  baru-baru ini, di kem itu,  Badr Mahmud meluahkan perasaan dan menceritakan momen-momen cemas dan mencabar tak kala negaranya berhadapan dengan pergolakan perang.

"Saya berpindah dari Syria kerana mendapat tekanan yang hebat daripada pemerintahan rejim Basyar Assad.
"Untuk pengetahuan semua,pemerintahan Basyar sangatlah zalim...‎kekejaman melampau Basyar adalah dia hingga sanggup membunuh wanita-wanita  di dalam masjid," katanya kepada tim Hajat.
Berbicara lanjut, Ahmad berkata pemerintahan Basyar sanggup melakukan apa sahaja, sekiranya mereka tidak tunduk dengannya.

"Saya pernah ditembak dua kali iaitu satu  ketika di rumah sendiri, dan satu lagi ketika dalam perjalanan ke Jordan," katanya.
Ujarnya lagi, sehingga sekarang bekas tembakan itu masih berbekas namun apa-apa pun ujarnya, beliau tetap bersyukur kerana ALLAH masih memanjangkan umurnya.
"Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH," katanya.
Kem Sakan Karamah dibina oleh sebuah NGO dari negara Kuwait, ia menempatkan 382 pelarian iaitu 184 lelaki dan 198 perempuan daripada 51 keluarga pelarian Syria.
Di Kem itu terdapat 10 ‎blok bangunan (51 bilik)  bagi menempatkan ke semua keluarga tersebut.
Kedatangan tim Hajat ke kem itu bagi memberi sumbangan berbentuk ubat-ubatan, makanan dan sumbangan yang lain.

Tim Hajat memulakan misi ke kem pelarian Syria  di Jordan yang mengambil  masa selama 11 hari di bumi Jordan bermula 12 April lalu.
Kira-kira 10 orang krew yang terlibat dalam misi kemanusiaan tersebut.

sumber

Sunday, 8 May 2016

IS Malaysia | Kenali Malaysia IS| Malaysia IS

ANCAMAN militan IS merupakan masalah global yang mula berlaku dalam negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Seperti yang diketahui, kumpulan ini mula mengganas termasuk sanggup berperang di Syiria dan Iraq atas nama slogan jihad.
Sehubungan itu, agak sukar untuk mengetahui identiti sebenar mereka terutama mereka yang profesional atau dilatih untuk bersembunyi di sebalik kumpulan ini.
Di atas faktor ini, Polis Diraja Malaysia terpaksa melakukan pemantauan rapi dan menahan individu yang disyaki melakukan aktiviti keganasan.

IS Malaysia
Malaysia IS | Malaysia Daish

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, DATUK AYOB KHAN MYDIN PITCHAY menyifatkan ancaman tersebut sebagai nyata kepada sesebuah negara dan ia tidak boleh diambil mudah.
Beliau mengulas keseriusan ancaman itu dalam satu wawancara eksklusif bersama Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Muhamad Mat Yakim dan Ketua Meja Jenayah Sinar Harian Mohd Fahmi Ismail serta juru foto Afiq Razali dan jurukamera, Yusrizal Yusof di pejabatnya, baru-baru ini.

Boleh Datuk ceritakan pengalaman operasi tangkapan pengganas dan perbezaan di antara Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN) 1960 (ISA) dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012. (SOSMA)
Operasi pertama ke atas anasir kumpulan pengganas di mana saya dilantik sebagai pegawai kes adalah tangkapan ke atas Wali Khan Amin Shah, anggota kumpulan pengganas Al Qaeda yang ditangkap di Langkawi pada Disember 1995. Beliau terlibat dalam serangan pertama ke atas New York World Trade Center (NYWTC) pada Februari 1993.
Saya juga terlibat dalam pelbagai operasi tangkapan ke atas anasir-anasir kumpulan pengganas seperti Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE), Jemaah Islamiah (JI), Darul Islam (DI), ETIM dan lain-lain kumpulan pengganas yang ada kaitan dengan kumpulan Al Qaeda. Bagi kumpulan Jemaah Islamiah (JI), di antara Disember 2001 hingga 2011 melibatkan tangkapan seramai 270.
Kesemua mereka ditahan di bawah AKDN 1960 dan tidak didedahkan secara terperinci kepada masyarakat umum kecuali kepada keluarga mereka. Ini berbeza selepas AKDN 1960 dimansuhkan secara rasmi pada 2012 di mana pihak kami telah melancarkan operasi ke atas anggota pengganas IS yang membawa kepada penangkapan kepada 160 suspek sehingga ke hari ini di bawah undang-undang baru iaitu Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).  
Ini merupakan undang-undang terbuka dan pihak kami terpaksa memaklumkan kepada masyarakat umum kerana melibatkan perbicaraan terbuka di mahkamah.
Di bawah SOSMA dalam masa 24 jam keluarga perlu dimaklumkan dan suspek perlu diberi akses berjumpa dengan peguam selepas 48 jam ditangkap, dan pihak polis hanya mempunyai masa 29 hari untuk menjalankan siasatan sebelum keputusan dibuat sama ada dituduh atau dibebaskan. Pada kebiasaannya Ketua Polis Negara (KPN) akan mengeluarkan kenyataan akhbar secara rasmi berhubung tangkapan anggota pengganas IS untuk makluman masyarakat umum.

Siapa sebenarnya yang layak untuk bercakap mengenai ancaman IS kepada pihak media dan umum?
Suka saya tegaskan di sini bahawa individu yang mempunyai autoriti dalam mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung ancaman pengganas adalah Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara (KPN) dan kemudian diikuti dengan Timbalan Ketua Polis Negara, Pengarah Cawangan Khas dan Ketua Polis Negeri sekiranya dibenarkan oleh KPN.
Bagaimanapun, dalam konteks ancaman IS ini KPN telah memberi kebenaran kepada saya selaku Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas untuk mengeluarkan kenyataan  kepada media berdasarkan ‘case by case’.
Begitu juga temu bual dengan media cetak dan media elektronik serta membentangkan taklimat dalam persidangan di peringkat antarabangsa atau dalam negara mewakili KPN dan Pengarah Cawangan Khas.  
Terdapat ahli akademik tertentu yang mempertikaikan mengapa saya sendiri mengeluarkan kenyataan dan temu bual dengan media elektronik kerana mengikut beliau hanya KPN yang perlu mengeluarkan kenyataan.
Mungkin ahli akademik tersebut tidak mengetahui secara terperinci prosedur pegawai polis dalam mengeluarkan kenyataan media. Untuk makluman semua pihak, semua kenyataan akhbar yang saya keluarkan dalam media cetak dan media elektronik atau bersiaran langsung di televisyen perlu mendapat kebenaran KPN terlebuh dahulu.

Ada tak program turun padang yang diadakan oleh pihak Datuk bagi memberi kesedaran mengenai bahaya IS?
Memang kini kami banyak terlibat dalam program-program penerangan kepada masyarakat umum berhubung bahaya kumpulan pengganas IS. Dahulu semasa tangkapan di bawah AKDN 1960 kami tidak berinteraksi dengan masyarakat umum untuk memaklumkan tangkapan yang terlibat.
Namun dalam konteks IS ini kita wajar menjelaskan kepada masyarakat umum tentang kesesatan kumpulan pengganas ini. Saya dan pegawai-pegawai saya terlibat dalam memberi penerangan di jabatan-jabatan kerajaan, pusat dan negeri, jabatan-jabatan agama, IPTA dan IPTS, NGO dan kami juga terlibat memberi syarahan dalam slot kuliah maghrib dan subuh di surau-surau dan masjid-masjid seluruh Malaysia.
Sejak 2014 sehingga kini pihak kami terlibat dalam hampir 300 sesi penerangan yang melibatkan jumlah peserta 60,000 orang. Maklum balas yang kami terima amat memuaskan dan mereka minta banyakkan lagi taklimat IS diadakan.

Datuk kini sudah dikenali umum dan apa ada kemungkinan terdapat risiko keselamatan?
Apabila memilih kerjaya sebagai polis kita tidak dapat mengasingkan aspek risiko dari tugas kepolisan. Cuma bezanya ada sesetengah jabatan dalam polis tidak memerlukan kita berinteraksi dengan masyarakat.
Namun Bahagian Counter Terrorism kita wajar ke hadapan. Ini risiko yang saya tak boleh nak elak dan ianya datang bersama pakej dan tanggungjawab tugas di bahagian ini.
Kenyataan-kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh KPN bersifat umum dan saya diminta ke hadapan untuk menerangkan kepada masyarakat umum secara terperinci mengenai bahaya kumpulan pengganas IS. Di sini, sudah tentu kami akan terima pelbagai ugutan daripada mereka yang tidak berpuas hati apabila isu ini disiarkan.

Apa beza IS dengan kumpulan yang wujud dan pernah didakwa sebelum ini?
IS adalah kumpulan yang amat unik dari pelbagai segi jika dibandingkan dengan kumpulan terdahulu, yang pernah ditangani oleh pihak kami. Jika dahulu anasir-anasir pengganas ditahan di bawah ISA, mereka menjalani program pemulihan tersusun yang diatur oleh pihak penjara, Jabatan Agama Kemajian Islam Malaysia (Jakim), dan pihak kami sendiri.
Hubungan kami dengan bekas-bekas tahanan amat rapat kerana kamilah yang tangkap mereka, jalankan program pemulihan, bantu mereka kembali ke arus perdana selepas dibebaskan dan membantu keluarga mereka dari pelbagai segi.

Friday, 6 May 2016

Fakta Konflik Syria petanda akhir zaman | Konflik Syria Petanda Kiamat

Konflik Syria Petanda Kiamat
KEMATIAN rakyat Syria mencecah 200,000 orang dalam tempoh lebih dua tahun kebangkitan rakyat ketika pemerintahan Presiden Bashar al-Assad dikatakan lebih dahsyat berbanding kematian yang dicatat di Palestin ketika negara itu ditawan Israel.

Kekejaman itu membuka mata banyak pihak sehinggakan tragedi Syria bermandi darah mendapat perhatian ramai termasuk negara berkuasa besar, Amerika Syarikat (AS) yang mengumumkan akan menyerang Syria berikutan dakwaan penggunaan senjata kimia.

Walaupun AS masih berdolak-dalik dengan serangan itu, pelbagai andaian mula timbul kerana terdapat dakwaan menyatakan Perang Dunia Ketiga akan meletus daripada apa yang sedang berlaku di bumi anbiya itu. Tidak kurang juga yang mengaitkan keadaan itu dengan petanda akhir zaman.

Ikuti temu bual wartawan Sinar Harian, NURULFATIHA MUAH dan jurufoto, AZMI ARYANTO bersama pendakwah yang juga pengkaji isu Syria, Ustaz Nazmi Karim.

Kejadian yang berlaku di Syria dikatakan antara petanda akhir zaman. Ada atau tidak nas yang boleh dikaitkan dengan andaian itu?

Petanda akhir zaman memang disebut dalam hadis Nabi Muhammad SAW. Baginda berulang dua kali mengatakan bahawa akan berlaku peperangan besar yang  apabila peperangan ini terjadi, perkhemahan orang Islam paling ramai adalah di sebuah tempat bernama Ghouta Dimashq yang bermaksud kebun besar yang mengelilingi bandar Damsyik di Syria.

Nabi kata, di kebun besar ini ada sebuah bandar dikatakan namanya Damsyik, sebaik-baik tempat tinggal umat Islam ketika itu. Ini tanda-tanda akhir zaman.

Kalau kita lihat di Syria sekarang ini, kawasan ini jadi tempat paling ramai mujahidin berhimpun. Tempat lain ada ramai juga, tetapi tempat ini yang disebut Rasulullah SAW.

Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah bersabda; “Tidak akan terjadi hari Kiamat sehingga kaum Rom turun di kota Amaq (Lembah Antioch, Selatan Turki) dan di Dabiq (dekat Aleppo, Syria).

Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rom, biarkanlah (jangan kalian halang) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata, Demi ALLAH, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal.

Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu solat sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam a.s.” (Riwayat Muslim dari Sayidina Abu Hurairah RA).

Wallahua'lam, berdasarkan hadis itu, jika benar Amerika Syarikat serang Syria, mereka akan masuk kawasan itu iaitu di pesisiran laut. Kalau betullah ia berlaku,  maknanya tentera Perjanjian Pakatan Atlantik Utara (Nato) dan Rom ini akan masuk ikut ke pantai menyerang seluruh Syria.

Nabi kata, ALLAH akan menghantar tentera mujahidin dari bandar Damsyik akan bergerak menuju ke Dabiq dan berlaku peperangan nanti di sana. Jadi kebanyakan peperangan akhir zaman itu akan berlaku belah-belah negara Syria dan Syam.

Kenapa tumpuan diberikan kepada negara di sebelah Syria?

Mungkin ada beberapa faktor. Dari segi kawasan, ia strategik dan kedudukan geografi Syria menyambung hubungan darat antara Syria dengan Eropah, Afrika dan Asia. Kedua, Nabi Isa AS akan turun di Syria berdasarkan hadis Rasulullah SAW.

Baginda bersabda Nabi Isa AS akan turun di Menara Putih sebelah timur Kota Damsyik. Jika dilihat pada gambarnya, ia bukan menara masjid, tetapi sebuah pasar lama di dalam sebuah kota lama.

Di sini ramai orang Kristian. Mereka juga sudah tahu perkara ini dan bersiap-siap untuk sambut Nabi Isa AS.

Sebab itu bumi Syria jadi tumpuan ramai termasuk orang berfahaman Syiah, Kristian, Yahudi, selain orang Islam sendiri. Turut menjadi tumpuan kerana Imam Mahdi akan menyambut turunnya Nabi Isa AS di Damsyik seperti yang pernah disebut dalam hadis Rasulullah bahawa Nabi Isa akan turun di Menara Putih itu ketika solat Subuh dan disambut oleh Imam Mahdi.

Apa yang berlaku sebelum Imam Mahdi muncul?

Sebelum turun Imam Mahdi, Nabi Muhammad SAW kata, akan berlaku pembunuhan tiga orang anak khalifah yang mana mereka berebut harta karun di Kaabah, Mekah. Saya tidak pasti apa yang direbutkan itu, tetapi ketiga-tiga mereka tidak berjaya. Maka berlakulah fitnah yang besar antara orang Islam sendiri, sehingga muncullah Imam Mahdi.

Imam Mahdi adalah keturunan Nabi Muhammad SAW dan namanya sama seperti nama nabi, Muhammad bin Abdullah. Beliau akan muncul di Makkah apabila fitnah kuat melanda dan dibai’ah antara bucu Kaabah dengan makam Nabi Ibrahim AS. Kemudian. Imam Mahdi akan mengetuai mujahidin bergerak ke Syria. Apabila sampai di Syria, masa itu Dajjal sudah keluar dan memang tujuan utamanya hendak melawan Dajjal. Apabila Nabi Isa AS turun, tugas utama baginda ialah untuk membunuh Dajjal.

Pada masa itu, Dajjal sudah mengelilingi dunia untuk merosakkan orang Islam dan mengkafirkan orang sehingga akhirnya Nabi Isa AS kejar Dajal sampai di satu tempat bernama Bab Luddin di Palestin. Di situlah akan dibunuhnya Dajjal. Dajjal apabila tengok Nabi Isa AS itu, dia jadi cair macam batu garam yang disirami air.

Monday, 14 December 2015

Gerakan IS Semakin Subur Di IPTA Malaysia |IS in Malaysia

IS Malaysia
Pergerakan, penyebaran serta pegaruh militan IS di kalangan mahasiswa di negara ini dilihat semakin serius apabila rekod tangkapan sejak 2013 hingga kini banyak melibatkan pelajar universiiti, kata Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman itu, lebih 150 orang anggota militan telah ditangkap sehingga kini dan ramai di antaranya adalah golongan muda, terpelajar atau ‘bijak pandai’.

“Kita dapat mengesan usaha kumpulan berkenaan menyebarkan pengaruh di kalangan pelajar universiti..ramai yang ditahan sebelum sempat menyempurnakan misi serta hajat mereka kononnya berjihad terutamanya di Syria sekaligus mendapat gelaran ‘mujahidin’ seperti yang digembar-gemburkan.
 
“Namun begitu, yang terlepas (ke Syria) dan lain-lain negara bagi menjadi militan tetap di bawah pemantauan...kita tidak akan lepas walau seorang apabila mereka pulang kembali ke Malaysia, yang balik pasti kita akan tangkap, tiada kompromi,” tegasnya.
 
Sementara itu, beliau turut menyambut baik cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu mewujudkan Mahkamah Khas bagi membicarakan kes militan di negara ini.
 
Menurutnya, perancangan tersebut membuktikan bahawa kerajaan sentiasa memandang serius dan melaksanakan pelbagai usaha dari semasa ke semasa bagi mengekang unsur-unsur ekstremis sekaligus menjaga keselamatan dan kedaulatan negara ini.
 
“PDRM sendiri mengharapkan agar rakyat di negara ini sentiasa berjaga-jaga dan tidak terpengaruh dengan fahaman militan yang disebarkan melalui pelbagai cara terutamanya jaringan media sosial yang tidak mempunyai batasan.
 
“Peranan serta didikan ibu bapa khususnya amat diperlukan dalam memantau anak masing-masing selain turut megambil tahu orang di sekeliling. Istilah ‘jangan jaga tepi kain orang’ dah tak boleh pakai..kita kena perhati juga jiran tetangga, orang sekeliling dan persekitaran bagi memastikan ancaman berkaitan dapat di banteras dari awal,” katanya.
 

Tuesday, 10 June 2014

Gambar Kilang Bihun Cap Masjid Van Loong Super Kotor

Kita semua pasti suka makan bihun goreng, bihun sup dan sebagainya. Jadi sebelum membeli bahan mentah bihun kita sebagai orang Islam perlu lah memilih bihun yang betul-betul elok.

Jadi  jangan kita semua membeli bihun yang didedahkan seperti dalam Gambar Kilang Bihun Cap Masjid Yang Kotor.

Pilih lah bihun keluaran bumiputera seperti bihun kampung dan bihun Faeza.

Memang kebanyakan makanan di negara kita pengeluarnya adalah orang bukan muslim jadi berhati-hati. 


Dalam Kilang Kilang Bihun Cap Masjid Van Loong Kotor
Kilang Bihun Cap Masjid Van Loong Bee Hoon Sdn Bhd
sumber: Phat dan FB CyWar Putrajya

Thursday, 29 May 2014

7 Benda Haram Seumpama Coklat Babi Cadbury


Di Malaysia umumnya, semua masyarakat Islam alert dengan barangan babi kerana menggunkan product babi hukumnya haram. Polimik Produk Babi Malaysia terbaru dikatakan Coklat Cadbury Malaysia ada Babi.

Kesannya ada ramai orang Islam takut lantas berpakat memboikot untuk tidak makan apa sahaja produk Coklat Babi Cadbury dan sebarang coklat. Akan tetapi berapa ramai orang Islam yang sedar benda haram yang lain yang ada di depan mereka? Contoh benda haram yang senyap Duit Haram RASUAH dan Duit Haram Riba !! 

Rasuah Coklat Babi Cadbury
Rasuah Haram Seperti Coklat Babi Cadbury


7 Benda Haram Seperti Makan Daging Babi

1. Cadbury ada logo halal rupanya ada dna babi
Hukum : DIMAAFKAN bagi yang termakan, tak perlu cuci darah dan sertu.

2. Rasuah diambil untuk beri projek
Hukum : Duit HARAM & tiada yang ter'rasuah'

3. Duit kopi diambil dek kerana jawatan untuk memudahkan kelulusan Hukum : Duit HARAM

4. Menipu quotation untuk memenangkan yang kurang layak
Hukum : Duit Haram

5. Menaikkan Harga Pegawai diminta oleh majikan untuk mencari pembekal bahan mentah, pegawai berjaya mencari dengan harga RM 1500 tetapi menaikkannya kepada RM 2000, lalu baki RM 500 diambilnya.
Hukum : Ia adalah haram sepakat ulama.

6. Tuntutan Palsu : Pegawai membeli barang keperluan syarikat atau mengisi minyak dengan harga tertentu tetapi berpakat dan memohon pembekal atau stesyen minyak mengeluarkan resit dengan jumlah berbeza dari jumlah pembeliannya. Berbekalkan resit itu, pegawai membuat tuntutan kepada syarikat dengan harga berlipat kali ganda. Ini yang berlaku dalam kes-kes di atas.
Hukum : Ia adalah haram menurut Islam kerana penipuan kepada syarikat. Pihak pembekal juga berdosa kerana dikira bersubahat mengeluarkan resit berjumlah palsu itu.

7. Duit riba yang diambil untuk pinjaman perumahan, kereta, kad kredit, peinjaman peirbadi etc
Hukum : HARAM malah lebih besra dosanya dari sengaja makan daging babi, bukan hanya DNA babi.

Olahan semula dari Ustaz Zaharuddin

Sunday, 11 May 2014

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH SAW di dalam kehidupan kita sebagai muslim.

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH SAW
1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

Wednesday, 7 May 2014

Injil Barnabas Turki catat ramalan kedatangan Nabi Muhammad SAW

Memang mendebarkan, memang mendedahkan. Itulah ungkapan yang boleh dibuat oleh para ahli Theology dan Christianlogy apabila mengkaji Injil Barnabas yang berusia 1500 tahun.

Injil Barnabas|Cypriot Church

Senaskah kitab Injil berusia lebih 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad S.A.W ditemui dan dipamerkan di Muzium Etnografi Ankara, Turki.
Dalam Injil itu mengesahkan bahawa Jesus (Nabi Isa as) tidak disalib, sebaliknya ia diangkat ke syurga. Yang disalib ialah Judas.

Versi Injil itu juga menyatakan bahawa Nabi Isa as adalah rasul utusan Tuhan bukannya anak Tuhan dan turut menjelaskan bahawa 700 tahun kemudian, akan datang seorang utusan Allah iaitu Nabi Muhammad saw. 

Dalam ajaran Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukannya Tuhan. Jadi ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.
Mengikut sumber, kitab Injil tersebut ditemui oleh pihak berkuasa Turki ketika operasi anti penyeludupan pada tahun 2000 yang mana ketika itu terdapat kumpulan samseng yang menyeludup pelbagai artifak purba.

Kitab Injil itu ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik, dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew. 
Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay  seperti yang dilaporkan Daily Mail menyatakan bahawa kitab itu boleh jadi versi Injil asli yang ditindas oleh pihak Gereja Kristian bagi mengelakkan persamaan dengan pandangan Islam.

Bagaimanapun, Pope Benedict XVI diikatakan mahu melihat sendiri kitab tersebut kerana ramai yang beranggapan ianya adalah Injil Barnabas yang telah disembunyikan oleh kerajaan Turki 12 tahun yang lalu.

Tetapi pihak Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa.

sumber: Ismaweb dan dailymail

Tuesday, 6 May 2014

NASA TEMUI YAKJUJ DAN MAKJUJ DI DALAM PERUT BUMI 2014

Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi – dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam ..
Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum ‘orang gua’ ini.
“Cerita ini harus diberitahu,” kata sumber itu. “Ia terlalu besar untuk disorok”.

Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. “Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah”, beliau berkata, “Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English”.

“Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)”, kata sumber itu. “Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. “Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ.

“Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi”.


Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia – dan juga sedikit perbezaan. “Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa – setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole” “Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi”.

“Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu – mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.
Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. “Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang belia u”. “Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu”.

Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi – pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar. “Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpestadan bersukaria”, mengikut kata sumber.

“Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi”. NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. “Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka – apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia”.

“Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?” Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole. “Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasaman? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita?

Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa – telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari warta wan , jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Tetapi beliau telah memberi amaran “mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat”.

Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole – satu inisiatif dimana warta wan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan “teknologi bawah tanah”.

Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State’s Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.

Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.

Sunday, 27 April 2014

9 Syaitan yang selalu menghasut orang Islam

Menurut orang Islam terdapat 9 jenis syaitan yang selalu mengacau orang islam daripada menjadi muslim yang baik. Syaitan-syaitan ini akan menggoda manusia untuk melakukan perbuatan durjana.

Syaitan atau Iblis

1. زلنبور ( ZALNIBUR )
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. دهّار ( DAHHAR )
Mendatangi kepada seorang mukmin didalam tidur dengan bermimpi kepada perempuan yang bukan mahramnya menjadikan mimpi itu sebagai maksiat.

3. أعور ( A'WAR )
Duduk diantara lelaki & perempuan sehingga menyebabkan zina.

4. هفاف ( HAFFAF )
Berkawan baik dengan kaki botol.
Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh:disko,
kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. تمريح ( TAMREH )
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.

6. مطرش ( MATRASH )
Duduk di bibir mulut manusia supaya

melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.
7. داسم ( DASSIM )
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak
memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi)
.
8. ولها ( WALHAN )
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. مقلاص ( MAQLAS )
Duduk bersama orang yang kaki berjudi sehingga akan menyebabkan pergaduhan.

Monday, 31 March 2014

Islam:Empat Petua Terhebat Imam Syafie| Four Greatest Tips Imam Shafi’i

Semua orang Islam ingin beramal soleh tetapi tahukah kita petua-petua Iman Syafie yang boleh kita amalkan?


[PETUA IMAM SYAFIE]



Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Empat Cara Tidur
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Monday, 24 March 2014

Kompilasi Nasihat Solat Oleh Ustaz-ustad Terkenal Malaysia

Kepentingan mendirikan solat amat penting bagi seseorang yang beragama Islam, di sini dikumpulkan kompilasi nasihat solat oleh ustaz-ustad terkenal Malaysia.



1. Orang yg tidak solat akan banyak masalah, tidak tenang, cepat marah susah hendak terima kenyataan dan selalu nampak salah orang lain.
- USTAZ AZHAR IDRUS

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
- Ustaz Kazim Elias

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..."
- Ustaz Don Daniyal

4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
- Datuk Ismail Kamus

5.Kalau kita sakit jagan takut untuk solat , sebab kalau mati , mati dalam solat
- ustaz haslin baharin

6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”
- Al-Habib Ali Zainal

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
-TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"
- Sheikh Abdullah Jahaf.

9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
-Ustaz Dasuki Rani

10. Jangan cakap:"Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!" Tapi cakap: "Jom solat,Nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama-sama ya.InsyaAllah"
- TG Harun Din

11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
-Ustaz Pahrol.

Saturday, 22 March 2014

Babi Mangalitsa rupa seperti Kambing Biri-Biri | Mangalitza Pig look like Sheep

Salam semua di sini, saya ingin berkongsi mengenai babi yang mempunyai  bentuk dan rupa seperti kambing biri-biri. Maklumat ini perlu diketahui oleh orang Islam bagi mengelakkan mereka terbeli pakaian yang dibuat daripada babi biri-biri ini. 

Mangalitza Baka UK
Di Amerika Syarikat Babi Biri-Biri ini dikenali sebagai Mangalitsa (Ejaan USA), manakala di UK, babi ini dieja Mangalitza (Ejaan UK) atau Mangalica (ejaan Hungary asal) . Ketiga-tiga nama ini merupakan nama spesis induk bagi tiga jenis baka babi ini. Babi ini banyak dibiakkan di Hungary dan Balkan. Selain daripada nama itu, babi ini juga dikenali sebagai babi kerinting rambut. 

Ciri-ciri utama babi ini ialah ia mempunyai lemak serta bulu yang tebal dan merupakan spesis yang boleh dijumpai di Eropah secara liar. Babi Mangalitsa adalah luar biasa kerana ia tumbuh berbulu. Bulu yang tumbuh di badan mereka agak serupa dengan kambing biri-biri.  Paling  mengejutkan dagingnya amat menyerupai daging kambing biri-biri. Mangalitsa adalah dahulunya diternak dan dibesarkan untuk kegunaan lemak babi. Disebabkan kejatuhan dalam permintaan untuk lemak babi, populariti baka telah menurun dan kini dianggap sebagai "rare breed". Kini babi ini hanya digunakan untuk membuat lining kasut yang diambil dari bulu babi ini.
Mangalitsa Baka USA

sumber: wikipedia
http://www.engageya.com/