“Kerajaan negeri mengiktiraf daerah ini bebas jenayah siber tetapi ini tidak bermakna kita boleh duduk diam, malah kita terus komited melaksanakan operasi bersepadu.
“Kita sentiasa melaksanakan kerjasama melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dalam membanteras jenayah siber bersama pihak Majlis Daerah Kuala Pilah dan penguat kuasa lain,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Sambutan Hari Polis Ke-210 di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah di sini kelmarin.
Dalam majlis itu, beliau me­nyampaikan sijil penghargaan kepada dua pegawai dan 45 anggota polis atas jasa dan khid­mat mereka. Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah, Datuk Norhayati Omar dan ADUN Juasseh, Datuk Mohammad Razi Kail.
Haslah berkata, pihak polis sentiasa proaktif dalam meme­rangi judi siber termasuk mencegah daerah ini daripada dijadikan laluan bagi membawa peralatan komputer berunsur judi ke tempat lain.
“Selain itu, kita juga memupuk kesedaran kepada masyarakat mengenai kesan buruk jenayah siber melalui ceramah serta taklimat termasuk di sekolah,” jelasnya.
Katanya, usaha yang dilakukan itu bagi memastikan judi siber di daerah ini dapat dibanteras sepenuhnya, selaras de­ngan hasrat kerajaan negeri yang memandang serius kegiatan ber­kenaan.