Wednesday, 16 July 2014

Biodata Keluarga Datuk Seri Najib Tun Razak

Tidak ramai antara kita tahu akan kisah cerita biodata keluarga PM Najib kita. Berikut adalah kisah adik-beradik Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan darah-daging Legasi Tun Razak

Biodata Adik Najib
Adik Beradik Datuk Seri Najib Tun Razak

Perincian Biodata Adik Najib Razak yang dimulai oleh;

1) Mohd Najib adalah PM Malaysia ke-6. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi Industri dari Universiti Nottingham, UK.

2) Ahmad Johari yang berkelulusan Undang-Undang (sebagaimana bapanya) adalah rakan kongsi kanan di Shearn Delamore & Co, sebuah firma undang-undang terkenal di Kuala Lumpur. Beliau juga adalah pengarah beberapa buah firma besar seperti Ancom Bhd, Nylex (M) Bhd, Hong Leong Industries Bhd, Daiman Development Bhd dan Deutsche Bank (M) Bhd.

3) Mohamed Nizam pula berkelulusan Sarjana Muda Politik, Falsafah dan Ekonomi (PPE) dari Universiti Oxford, UK . Kini bertugas sebagai pengarah  bukan-eksekutif di Hiap Teck Venture Bhd, Mamee Double-Decker (M) Bhd, Delloyd Ventures Bhd and Yeo Hiap Seng (M) Bhd. Seperti Johari, Nizam juga adalah pengarah di Deutsche Bank.

4) Mohamed Nazim Razak pula adalah seorang arkitek. Beliau juga adalah pengarah di Hong Leong Bank Berhad dan Hong Leong Capital Berhad.

5) Mohamed Nazir Razak lulusan Sarjana Muda Politik dan Ekonomi dari Universiti Bristol, UK serta Sarjana Ekonomi Pembangunan dari Universiti Cambridge adalah seorang ahli perbankan. Kini, beliau adalah CEO CIMB Group, juga merupakan manusia ke-40 terkaya di Malaysia.

sumber: hasbieemuda dan kosmo

No comments :

http://www.engageya.com/