Sunday, 15 June 2014

Lima Makanan Elak Rasa Mengantuk

Rasa mengantuk atau kurang tumpuan sewaktu kerja boleh terjadi kepada sesiapa sahaja terutama pada waktu bekerja. Mengantuk boleh terjadi kerana badan kurang mendapat rehat yang secukupnya misalnya tidur lewat akibat menonton Fifa World Cup Brazil 2014.

Dikongsikan disini tentang pemakanan dan minuman yang boleh ambil sebagai  ubat atasi mengantuk.
Makanan Tenaga Tradisi
Tips Elak Mengantuk di Pejabat


1. Makanan Teanaga Atasi Mengantuk: Makanan pedas
Makanan ini boleh mengurangkan rasa mengantuk tetapi pengambilannya perlulah dikawal kerana makanan ini boleh juga mendatangkan kesan lain terutama bagi anda yang tidak tahan pedas. Berikan sedikit rasa pedas di dalam makanan boleh merangsang perjalanan darah dan membuat kita tetap segar.

2. Minuman Tenaga Atasi Mengantuk: Air putih
Air putih mampu mengelakkan tubuh dari dehidrasi sehingga dalam sekejap waktu selepas meminumnya, rasa mengantuk akan hilang. Cubalah terus minum air putih sebaik bangun daripada tidur dan anda akan merasa kesegarannya.

3. Buah Tenaga Atasi Mengantuk: Epal & tembikai
Makan epal dan tembikai yang segar serta manis boleh menyegarkan diri, bermula dari mulut, kerongkong, otak dan sehinggalah se seluruh tubuh. Selain megandungi vitamin, buah-buahan ini enak dinikmati sebagai snek menyihatkan.

4. Makanan Ringan Atasi Mengantuk: Asam atau makanan masam
Makanan masam seperti lemon, asam atau limau membantu memberikan Vitamin C. Selain itu, sensasi rasanya yang masam akan membuatkan anda berasa segar.

5. Bar Tenaga Atasi Mengantuk: Coklat hitam
Pilih coklat hitam untuk menghilangkan rasa mengantuk. Coklat hitam boleh meningkatkan semangat kerana coklat meningkatkan hormone yang boleh menenangkan diri. Namun, awas! Hindari coklat yang tinggi pemanis tambahan.

Sumber: Yahoo Health

3 comments :

tenku butang said...

paling suka yang paling bawah sekali.. coklattt

amir zahari said...

Selalu amik epal dengan pisang kalau mengantuk waktu pagi.. ofis waktu pagi mengantok wooo..

Maestro Amad said...

awat aku duk mkn cokelat ngantok jugek nih?hehe..tapi asam boi pepagi mmg best!

http://www.engageya.com/