Wednesday, 14 May 2014

Biodata Dato' AHMAD RAZIF BIN ABD RAHMAN Adun Seberang Takir MB Terengganu

Dikongsikan serba sedikit informasi profail dan maklumat peribadi Dato' Ahmad Razif Bin Abd Rahman yang merupakan MB Terengganu yang baru yang menggantikan Adun Kijal Mat Said.

Biodata Dato' Ahmad Razif
YB Dato' Haji Ahmad Razif Bin Abd Rahman telah dilahirkan di Kuala Terengganu pada 7 November 1965. Beliau sudah mendirikan rumahtangga dan mempunyai empat orang cahaya mata. Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Takir ini memegang Ijazah Sarjana Sains dalam Bimbingan dan Kaunseling dari Universiti Putra Malaysia.

Jika diberi pilihan antara percutian tanah tinggi dan di tepi laut, YB Haji Ahmad Razif Bin Abd Rahman memilih percutian di tepi laut kerana ia memberikan beliau ketenangan fikiran, di samping sepanjang kehidupan beliau yang biasanya tinggal berdekatan dengan laut. Jika ada kelapangan, beliau gemar membaca buku-buku agama demi mendalamkan lagi pengetahuan beliau dalam Islam. Destinasi pilihan percutian beliau juga adalah kota-kota suci Mekah dan Madinah sekiranya diberi peluang bercuti selama sebulan. Selain daripada membaca, beliau juga gemar meluangkan masa bersama sahabat baik beliau, Encik Shamsul Bahri Ismail, dengan duduk bersembang di kedai kopi.

Informasi Kawasan Dun Seberang Takir Dato' Ahmad Razif
Selain daripada aktif mengendalikan akaun-akaun Facebook dan Twitter beliau, YB Haji Ahmad Razif Bin Abd Rahman juga mengendalikan laman blog beliau sendiri di http://ybrazif.blogspot.com. Beliau berpendapat dunia internet memudahkan komunikasi sesama manusia, dan beliau tidak ketinggalan untuk menggunakan kemudahan ini dalam menyampaikan berita serta maklumat tentang aktiviti-aktiviti yang beliau laksanakan. Di samping itu, beliau menganggap laman-laman media sosial sebagai landasan yang baik dan mudah untuk mengutarakan idea dan berkongsi pandangan bersama pengguna-pengguna lain.

No comments :

http://www.engageya.com/