Thursday, 24 April 2014

Menara kawalan trafik udara KLIA2 tertinggi di dunia|KLIA2 Tallest airport control tower

Wah siapa sangka di dalam kelewatan KLIA 2, menara kawalan trafik udara adalah tertinggi di Dunia. Ketinggian mencecah 133.8 meter dari aras tanah dan 141.9 meter dari aras laut. Tahniah KLIA2.

Guinness World Records KLIA2 Tallest airport control tower

SEPANG: Menara kawalan trafik udara KLIA2 kini menjadi mercu tanda terbaru Malaysia apabila diiktiraf sebagai menara kawalan trafik udara paling tinggi di dunia.

Ia sekaligus mengatasi menara di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Thailand.

Ketinggian menara di KLIA2 mencecah 133.8 meter dari aras tanah dan 141.9 meter dari aras laut, melayakkannya diiktiraf dalam Guinness Book of Records sebagai menara kawalan trafik udara paling tinggi di dunia.
KLIA2 airport control tower

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman, berkata menara ini yang dinamakan sebagai Tower West mula dibina pada 1 Mei 2012 dan mengambil masa 10 bulan untuk disiapkan iaitu pada 30 April 2013.

sumber : Astro Awani dan Guinness World Records

No comments :

http://www.engageya.com/