Wednesday, 29 March 2017

Kesan pukul anak umur satu tahun hingga empat tahun

Semua orang yang dipanggil ibu bapa pasti ada terfikir apakah akibat merotan budak berumur  satu tahun hingga empat tahun. Ada yang cakap jika tidak disiplin anak masa kecil, budak itu akan jadi tuan pada ibu bapanya. Jadi bagaimana untuk disiplin anak-anak ini? Dan apakah




Anak baru satu tahun 6 bulan. Usia ini masih kecil dan yang paling ketara pada usia ini ialah anak-anak kecil dijadikan oleh Allah kuat ego centric. Maksudnya bukan dia ego, tetapi dia lebih fokus kepada dirinya. Mekanisma ini ada pada setiap manusia pada usia ini. Inilah cara Allah memastikan kemandirian manusia di dunia ini.

Anak-anak pada usia ini hanya memikirkan dirinya kerana pada usia ini bahagian lapisan kedua daripada bahagian ketiga lapisan otak - triune belum begitu berkembang.

Otak ada tiga lapis. Bahagian paling bawah mengawal keselamatan, berkembang pada masa lahir hingga 3 tahun. Pada usia ini anak-anak hanya memberi respons kepada stimulus, ransangan dan belum boleh berfikir.

Pada usia 3 tahun barulah lapisan kedua atau otak tengah anak berkembang. Bahagian otak ini menjaga emosi dan kesihatan. Pada ketika ini barulah anak-anak memikirkan orang lain dan sedar lebih mengenai kewujudan orang lain. Pada masa ini juga barulah EQ anak mula berkembang dan dia mula faham untuk bertolak ansur.

Anda akan lihat anak yang merasakan dia dijaga dengan baik dan berasa selamat, bahagian otak tengah ini mungkin sudah mula berkembang pada usia lebih awal. Maka anda melihat situasi anak-anak itu baru menjangkau 2 tahun, tapi sudah boleh memikirkan perasaan orang lain. Pucuk pangkalnya, bila anak itu rasa selamat, perkembangannya cepat.

Pada usia 4 tahun keatas barulah bahagian otak paling atas iaitu neokorteks atau otak berfikir anak mula-mula develop. Barulah mereka boleh faham penerangan yang kita beri dengan lebih lagi. Namun, mereka masih belum boleh membezakan yang baik dari yang buruk kerana mereka belum mumayiz. Frontal lobe mereka belum develop penuh.

Oleh kerana ibu bapa dan ramai orang dewasa termasuk datuk nenek tak faham, cepat saja mereka menamakan anak-anak kecil seperti yang nampak tidak mendengar penerangan dan larangan sebagai degil dan ego.

Setiap kali Ibu mendengar perkara seperti ini, terhiris sungguh hati Ibu kerana sampai hati orang dewasa melakukan perkara begini kepada anak-anak kecil yang masih suci seperti kain putih.

Jika anak itu salah berperangai, merebut barang, atau bermain dengan benda yang merbahaya, untuk dia tidak terus melakukan perkara itu, anda boleh mengambil dia dari situ dan boleh katakan kepadanya No, ini tak boleh, dengan tegas tapi penuh kasih-sayang. Kemudian bawa dan ajak dengan baik dia ke tempat yang ada benda yang boleh dia bermain dan katakan, Yes, yang ini boleh. Dan katakan lebih dari 3 kali untuk menguat stimulus positif yang akan membina diri yang positif. Supaya, terakam diminda bawah sedarnya akan stimulus positif ini. Dia tidak boleh terus ingat, kerana tempat memori adalah pada bahagian otak tengah. Masa ini bahagian itu belum lagi develop.

Ya, memang kononnya jalan paling senang dan cepat bagi menangani anak-anak kecil yang kuat kehendaknya ini ialah dengan memarahinya dan menghukumnya dengan kasar. Tapi ini menyebabkan anak ini berasa tidak selamat. Ingat pada usia ini, bahagian otak paling bawah yang sedang develop. Anak ini akan berasa tidak selamat. Bila seorang itu berasa tidak selamat, dia akan lari atau melawan. Maka itulah yang menyebabkan bila dia besar sikit dan kerana keadaan marah-marah dan melarang dengan kasar ini berteus, anak itu akan selalu mengamuk dan bertambah kuat mengamuk. Atau menjadi anak-anak yang senyap kerana TAKUT dan tiada keyakinan diri.

Bila terjadi begini, apakah yang ramai orang dewasa lakukan? kuatkan lagi marah dan kuatkan lagi hukuman. Lama-lama, menjangkau 3 tahun, emosi anak penuh dengan kemarahan dan kesedihan. Anak begini membesar menjadi anak-anak yang memendam rasa, nampak diam, tapi bom jengka sedang berdetik, menunggu masa saja untuk meletup. Tiba usia yang lebih tua, seperti remaja, anak yang sama ini akan menjadi sangat degil, pemarah dan tidak hormat orang tua. Ada yang menerajang ibu bapa!

Bukankah telah diingatkan oleh Nabi s.a.w, bahawa pada akhir zaman, akan ramai anak-anak yang menjadi tuan pada ibu bapa mereka. Bukan kerana ibu bapa mereka melayan mereka dengan kasih-sayang tetapi kerana ramai ibu bapa yang tidak memahami bagaimana untuk mendidik anak-anak sehingga mereka tersilap cara lalu merosakkan diri anak-anak itu sendiri.

Anak yang dibesarkan dengan kasih-sayang, hormat dan kefahaman psikologi kanak-kanak, akan membesar mengasihi ibu bapa mereka.

Bila kita berlembut dengan anak sekecil 1 tahun 6 bulan itu,bukan bermaksud kita memanjakan atau membiar dan kita lemah. Sebenarnya, kita sedang membina rasa selamat yang kukuh, untuk mudah otak tengahnya pula develop cepat. Kita tetap tegas, tapi kita juga penuh kasih-sayang.

Cuba tengok betul-betul, anak-anak yang dididik penuh kasih-sayang, dihormati perasaaan mereka dan berasa selamat, meningkat cepat kepandaian mereka berbanding dengan anak-anak yang selalu dimarah dan dihukum kasar.

Bila anak-anak sekecil itu merampas mainan kawan, bukan dia perampas, tapi dia belum lagi tahu maksud ini barang orang dan dia perlu meminta izin atau bermain bersama. Anak pada usia ini, kalau dia hendakkan sesuautu, dia mengambilnya sahaja. Bila tidak dapat dia akan meraung. Kerana itulah yang dimaksudkan ego centric. Centre pada dirinya sahaja.

Janganlah kita orang dewasa cepat melatah dan menghukum anak-anak kecil ini dengan perkataan seperti jahat, degil, perampas… dan dipukul dan sepertinya yang akan masuk ke unconscious mindnya dan menjadi belief atau kepercayaan yang merosakkan diri anak itu.

Ibu tahu yang membaca penulisan ibu ini adalah ibu bapa yang prihatin dan mahukan kebaikan untuk dirinya dan anak-anaknya. Ibu pernah menjadi ibu muda dan sekarang nenek pula. Ibu tahu perlunya membesarkan kesabaran. Oleh itu, janganlah risau sayang.

Kita perlu sedar, anak-anak ini didatangkan kepada kita untuk memberi kita rasa seronok dan juga membina diri kita. Membina kesabaran itu adalah salah satu daripada membina diri kita ini.

Untuk kali ini Ibu tinggalkan kepada anda dengan satu azimat. pegang dengan kemas. Azimatnya ialah SENANTIASA, SENANTIASA BERSANGKA BAIK DENGAN ANAK-ANAK TERUTAMANYA ANAK-ANAK KECIL. KEMASKAN KEYAKINAN BAHAWA ANAK-ANAK KECIL INI SUNGGUH SUCI.

Sesungguhnya sayang, anda layak bahagia dan menjadi ibu bapa berjaya.



sumber

7 Tumbuhan Bersihkan Udara Dalam Rumah

Kehadiran tanaman hijau di dalam rumah menyegarkan. Siapa tidak suka suasana kediaman yang sejuk mata memandang. Tapi menanam pokok dari spesies yang boleh membantu menapis udara dalam rumah menjadikan fungsinya dua dalam satu. Udara yang bersih menjadikan fikiran menjadi lebih jernih.

Home Plant
Pokok Dalam Rumah
Jom kita lihat tanaman penapis udara yang bukan sahaja cantik, tetapi bertindak meningkatkan kualiti udara di sekeliling. Udara kotor yang mengandungi benzena, formaldehyde, amonia dan sebagainya memberikan impak buruk kepada kesihatan.
Tapi perlu diketahui ada sesetengahnya BERTOKSIK! Bagi mama dan papa yang ingin menanamnya, pastikan ia diletakkan pada tempat yang jauh dari capaian si kecil. Misalnya tempat yang tinggi seperti di atas almari, meja atau kabinet dapur. Kebanyakan tumbuhan ini mudah dijaga walau pun anda memiliki jadual yang sangat padat!
SIRIH GADING
Tumbuhan yang turut dikenali dengan nama Devil’s Ivy ini sangat cantik ditanam dalam pasu kecil yang digantung. Ia menyerap formaldehyde dan toksin-toksin berbahaya lain.
PAKIS BOSTON
Spesies ini mampu membersihkan dan melembapkan udara. Sesuai diletakkan di dalam kamar tidur agar kulit tidak kering.

LIDAH MERTUA
Walau pun namanya agak unik, ia memberikan manfaat yang sangat baik dengan menyerap racun dalam udara. Ia mampu menyerap racun dan menyegarkan udara.
SPIDER PLANT
Salah satu kelebihan spider plant ialah ia memiliki daya serap yang sangat tinggi terhadap racun-racun di udara. Dalam masa dua hari, tanaman ini mampu menyerap racun di udara sehingga 90%.
DRACAENA
Spesies dracaena (sanderiana dan marginata) menjadi penapis kepada udara yang bekuap. Bagi anda yang tidak berpeluang membuka tingkap dengan kerap, memiliki dracaena di dalam rumah boleh membantu menyegarkan udara dalam rumah.
ALOE VERA
Tumbuhan yang turut dikenali dengan nama lidah buaya ini mampu membunuh kimia berbahaya di udara seperti benzena dan formaldehyde. Elok ditanam dalam pasu kecil dan diletakkan pada sudut-sudut bilik.
MONSTERA DELICIOSA
Monstera deliciosa mampu memperbaiki kualiti dengan mererap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen pada waktu malam. Ia juga mampu menyerap formaldehyde dalam udara.

Tuesday, 28 March 2017

Tempat Paling Bebas Maksiat Judi Malaysia

Kuala Pilah mengekalkan pencapaian sebagai daerah sifar judi siber di negeri ini selama tiga tahun berturut-turut sejak 2014.

judi siber

Ketua Polis daerah, Superintenden Haslah Bachok berkata, walaupun dalam tempoh itu tiada premis judi siber dikesan, pihaknya sentiasa memantau dan melakukan operasi bagi menghalang kegiatan tersebut.
“Kerajaan negeri mengiktiraf daerah ini bebas jenayah siber tetapi ini tidak bermakna kita boleh duduk diam, malah kita terus komited melaksanakan operasi bersepadu.
“Kita sentiasa melaksanakan kerjasama melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dalam membanteras jenayah siber bersama pihak Majlis Daerah Kuala Pilah dan penguat kuasa lain,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Sambutan Hari Polis Ke-210 di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah di sini kelmarin.
Dalam majlis itu, beliau me­nyampaikan sijil penghargaan kepada dua pegawai dan 45 anggota polis atas jasa dan khid­mat mereka. Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah, Datuk Norhayati Omar dan ADUN Juasseh, Datuk Mohammad Razi Kail.
Haslah berkata, pihak polis sentiasa proaktif dalam meme­rangi judi siber termasuk mencegah daerah ini daripada dijadikan laluan bagi membawa peralatan komputer berunsur judi ke tempat lain.
“Selain itu, kita juga memupuk kesedaran kepada masyarakat mengenai kesan buruk jenayah siber melalui ceramah serta taklimat termasuk di sekolah,” jelasnya.
Katanya, usaha yang dilakukan itu bagi memastikan judi siber di daerah ini dapat dibanteras sepenuhnya, selaras de­ngan hasrat kerajaan negeri yang memandang serius kegiatan ber­kenaan.

sumber

10 Makanan Perlu Dielakkan Bagi Ibu Hb Rendah

Istilah Hb rendah sinonim bagi wanita hamil kerana ramai wanita yang hamil mengalami situasi kesihatan ini. Hb rendah atau anemia terjadi apabila darah ibu mengandungi sel darah merah atau kuantiti hemoglobin-Hb molekul protein yang mengandungi zat besi dalam sel darah merah) kurang daripada biasa.
Tips Mengandung

Sel darah merah berfungsi untuk membawa oksigen ke tisu-tisu badan ibu dan bayi.Ibu hamil hendaklah menjaga pemakanan ketika hamil supaya badan akan menghasilkan lebih banyak darah untuk menyokong pertumbuhan bayi di dalam kandungan. Berikut adalah makanan yang perlu dielakkan bagi ibu yang mengalami Hb rendah atau anemia.
1.Elakkan mengambil teh, kopi, kalsium, produk tenusu seperti susu dan antasid yang digunakan untuk melegakan gastritis dan juga bijirin penuh bersama dengan zat besi kerana ia mengurangkan penyerapan zat besi di dalam saluran pemakanan.  
2.Walaupun bijirin penuh merupakan sumber yang baik untuk zat besi itu sendiri, namun ia mengandungi asid phytic, yang boleh mengganggu penyerapan zat besi daripada makanan dan pil lain. Anda perlu menunggu sekurang-kurangnya dua jam selepas makanan ini sebelum mengambil makanan tambahan dan zat besi anda.
3.Jauhi makanan masam yang boleh melemahkan badan.
4.Elakkan hydrotreated vegetable oil (HVO) atau minyak goreng kitar semua kerana ia memberatkan lagi keadaan anemia akibat gangguan edaran darah dan oksigen rendah.
5.Hindari makanan banyak kimia, refined foods, makanan ringan yang kurang berzat.
6.Ayam daging dan telur komersial yang kurang berzat perlu dielakkan.
7.Elakkan makanan yang boleh mengganggu penghadaman seperti mencampurkan susu dan buah, mencampurkan dua jenis protein yang berbeza seperti daging dan ikan atau telur atau susu.
8.Jauhi makanan yang terlalu pahit seperti hempedu bumi, seruntun, peria dan tunjuk langit. Ia boleh melemahkan badan.
9.Sebaik-baiknya elakkan meminum air osmosis terbalik berbalik (reversed osmosis) yang tidak mengandungi mineral kerana ia boleh mengganggu keseimbangan homeostasis darah.
10.Elakkan beras putih, gula putih, tepung gandum putih yang tiada zat sebaliknya bertukar kepada beras perang dan gandum serat penuh.

Tuesday, 12 July 2016

Kelebihan Budaya Bodek di Tempat Kerja

Jika seseorang itu selesa membodek sejak peringkat belajar maka ini akan menjadi kebiasaan individu itu akan membodek ketika dia bekerja kelak. Ini menyebabkan berlaku kes kerja tidak selesai, curi tulang, dan pencapaian diragukan.




“Ini tidak menggambarkan profesionalisme. Budaya bodek, menipu, belas kasihan hanya akan menghasilkan generasi yang tiada integriti, malas, menyeleweng dan rasuah.

"Perlu ditekankan, bodek boleh berlaku kerana  seseorang individu itu  tiada kualiti, kurang ilmu dan kemahiran, kurang tanggungjawab dan malas. Untuk mewujudkan situasi ‘menjaga hati’  bos atau majikan  mesti ada tetapi  profesionalisme mesti mengatasi segalanya,”

Mengapa ada individu yang tidak tahu hendak bekerja secara  profesional tetapi gemar membodek?

Presiden Persatuan Pegawai Akademik Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Ahmad Ismail berkata, persoalan itu berlaku kerana pekerja di dalam situasi tersebut tidak memahami tugasan dengan sebetulnya ketika di pejabat, tidak bertanggungjawab tetapi ingin mendapat perhatian lebih.

Menurutnya, seseorang pekerja itu tidak tahu hendak berbuat apa-apa berikutan tidak berilmu, kemahiran, kreativiti serta proaktif, melainkan hanya tahu menunggu arahan daripada bos atau penyelia.

“Oleh kerana hendak menjaga hati bos dan majikan, maka dia membodek. Ini berbeza dengan seseorang yang jelas tugasannya dan profesional. Pekerja sebegini tidak bergantung atau perlu membodek bos atau majikan, kerana hasil kerja sudah terserlah cemerlang berdasarkan kepada tugasan yang diberikan,” ujar Prof Ahmad dalam memberi pandangan beliau berhubung amalan bodek di pejabat.

Tegasnya, sepatutnya perbuatan bodek membodek tidak perlu berlaku kerana setiap individu yang terlibat di dalam sesebuah organisasi perlu profesional dalam kerja walaupun hubungan kemanusiaan itu wajib ada.

“Berbalik kepada peringkat sekolah dan universiti. Pelajar dilatih mengikut kurikulum yang dibina khas untuk pembangunan  sumber manusia dan keperluan profesional negara untuk masa depan.

“Sistem pendidikan mempunyai takwim, panduan, skim, sistem dan kriteria khas mengenai penyampaian kurikulum, penilaian dan pengredan atau pemarkahan. Dalam sistem pendidikan, isu bodek untuk pemarkahan tidak timbul. Setiap pelajar sepatutnya tahu berapa
markah yang beliau dapat dan sejauh mana dia perlu berusaha untuk mencapai markah yang diperlukan.

“Bahkan kurikulum di universiti mengajar penuntut supaya berdikari mencari maklumat, menganalisis dan membuat tafsiran manakala pensyarah memberi panduan mencari maklumat, menganalisis maklum balas pelajar dan menilai pencapaian mereka berasaskan  tugasan diberikan dan masa yang diberikan,” ujar beliau.

Prof Ahmad berkata, itulah proses membentuk profesionalisme yang diterima generasi muda. Jika seseorang itu selesa membodek sejak peringkat belajar, maka ini akan menjadi kebiasaan individu itu akan membodek ketika dia bekerja kelak. Ini menyebabkan berlaku kes kerja tidak selesai, curi tulang, dan pencapaian diragukan.

“Ini tidak menggambarkan profesionalisme. Budaya bodek, menipu, belas kasihan hanya akan menghasilkan generasi yang tiada integriti, malas, menyeleweng dan rasuah.

“Perlu ditekankan, bodek berlaku kerana seseorang individu itu tiada kualiti, kurang ilmu dan malas. Untuk mewujudkan situasi ‘menjaga hati’ bos dan majikan itu mesti ada, tetapi profesionalisme mesti mengatasi segalanya,” ujar Prof Ahmad.

Justeru, katanya, untuk mengelak bodek, tugasan kena jelas dan bertanggungjawab serta dinilai pada akhir masa yang ditetapkan berasaskan sistem yang ada. Setiap pekerja sudah ada senarai semak kerja harian, mingguan atau bulanan dan perlu dilaporkan kepada majikan atau ketua mereka,” akhiri Prof Ahmad.
 
http://www.engageya.com/